Tuesday, June 25, 2013

Cara Remove Shortcut Virus Dari Pendrive Menggunakan Command Prompt

Assalamualaikum,


Kali nie aku nak kongsikan dengan korang cara untuk remove shortcut virus daripada pendrive korang. InshaAllah cara nie berhasil. Korang ikut langkah-langkah kat bawah:

1) Masukkan pendrive pada komputer/laptop. Kenal pasti pendrive korang dok kat lokasi mane. Samaada dekat E, F atau sebagainya.

2) Kemudian scan dan delete virus yang ada dalam pendrive korang terlebih dahulu.

3) Selepas siap scan, klik My Computer --> Tools --> Folder Options --> View. Dekat tab View tu korang uncheck 'Hide extension' dan 'Hide protected' Ini akan menampakkan semua isi dalam pendrive korang.

4) Bukak location pendrive tadi. Biarkan dia terbukak. Korang akan nampak folder shortcut tadi. Sebenarnya ianya sudah di hiddenkan oleh virus tadi.

5) Klik kat Start, Run, dan taip cmd. Kemudian, muncul skrin hitam.

6) Kkorangtaip command ni ok!

attrib -h -r -s /s /d g:\*.*
(yang g tu ialah lokasi pendrive korang. Jika pendrive korang berada di location F, korang tulis F)
Kemudian, tekan Enter.

7) Korang punya skrin hitam akan ambik masa nak loading. So, korang kena bersabar. Tunggu sampai second command muncul. Bila second command dah muncul, korang pergi tengok kat location pendrive tadi.

8) Korang punya folder yang hidden tadi dah back to normal.

9) Lepas tu korang delete shorcut folder yang ada dalam pendrive korang tu.

10) Setting yang dekat My Computer tadi, korang tukar jadi macam asal balik.

Kalau tak jadi jugak, korang boleh guna cara nie.

Ok, selamat berjaya.

No comments: