Monday, September 9, 2013

Cara Buang Shorcut Virus Dari Pendrive Menggunakan Hidden File Tool

Assalamualaikum,

Sebenarnya ada beberapa cara untuk buang shortcut virus nie. Hari tu aku dah kongsikan dekat sini cara yang pertama dengan menggunakan 'Command Prompt'.

Jadi hari nie aku nak kongsikan dengan korang semua cara yang kedua plak. Kalau korang buat yang kat atas nie tak menjadi, korang boleh guna cara nie plak.

Cara nie adalah dengan menggunakan perisian simple yang mana bagi aku ianya cukup mudah & lebih berkesan.

Software yang digunakan adalah Hidden File Tool. Korang download software nie kemudian 'Run' dan ikut langkah-langkah di bawah.


Apabila korang dah 'Run' dan bukak software nie, satu paparan akan keluar macam kat bawah.



Pada bahagian:

> Open Path = Korang bukak direktori pendrive atau external hard disk korang. Contoh.. F:
> Filter = Buang *.*
> Attributes = Klik pada Hidden & System.

Kemudian, tekan SEARCH/SCAN dan fail-fail korang yang 'hilang' tue akan ada balik dan korang boleh lihat attribute bagi fail-fail yang hilang ini ialah HS yang membawa maksud superhidden.

Peringatan: Bagi mengelakkan komputer korang terkena virus, aku cadangkan korang pakai MSE (Microsoft Security Essential). Aku dah pakai antivirus nie hampir 2 tahun dan Alhamdulillah setakat nie pc aku masih lagi dalam keadaan sihat walafiat.