Saturday, November 17, 2012

Monitor 'Blank' & Tidak Boleh Tidak Boleh Dihidupkan

Assalamualaikum,

Kali nie aku nak kongsikan cara-cara mengatasi masalah "Monitor Blank & Tidak Boleh Dihidupkan". Masalah nie baru je terjadi kepada aku beberapa hari yang lepas dan aku fikir elok dikongsikan dengan korang semua. Yela..kot2 terjadi kat korang pulak lepas nie.





Ok, untuk kes monitor blank nie ade dua jenis perkara yang boleh berlaku dalam perisian Windows.

  1. Komputer korang tidak boleh di boot up tetapi korang dapat dengar bunyi beeps keluar daripada PC korang.
  2. Yang kedua, tiada bunyi beeps, tiada kursor dan tiada logon skrin dan tiada pilihan untuk pergi kepada safe mode ataupun bios.
Sebenarnya bunyi nie tidak di buat sesuka hati tetapi ianya adalah untuk mengenal pasti masalah apa yang korang hadapi dengan PC korang.

Apabila tiada bunyi beeps, tiada kursor dan tiada logon skrin yang keluar di skrin komputer korang maka, tiada pilihan untuk korang boot kepada safe mode atau untuk access bios.


Ok, kalau korang nak belajar lebih mendalam pasal bunyi beeps nie, korang boleh baca kat sini.


Kalau korang dengar bunyi beep sekali, kemudian komputer korang dapat boot up maka PC korang dalam keadaan yang OK tapi kalau bunyi banyak kali, korang pandai2la study dan check kat link yang aku dah bagi tadi sebab hari nie aku nak ajar korang kenalpasti masalah monitor blank jer.


-----------------------------------------------------------------


1) Check Graphic Card

    Bagi komputer yang mempunyai Graphic Card, korang kena pastikan samaada ianya rosak atau tidak. Cara untuk mengetahuinya adalah dengan korang cabut wayar yang disambungkan ke Graphic Card dan sambungkan kepada port VGA yang asal. Lepas tu korang ON komputer dan lihat samaada komputer boleh dibuka atau tidak.

    Kalau ianya berjaya dibuka tanpa ada masalah, maka Graphic Card (GC) korang mungkin 
rosak tapi korang jangan terus beli GC yang lain plak semata-mata korang sangap nak main game. Korang kena pastikan dulu adakah GC korang betul-betul rosak ataupun tak.

Cara untuk tahu GC korang rosak ataupun tidak adalah dengan test GC tu kat PC kawan korang. Kalau komputer korang still tak boleh bukak, maka korang check pulak RAM.



2) Check RAM

    Periksa samaada PC korang tu ade ke tak RAM. Mane tau kot2 kawan korang nak buat prank ke ape ke lepas dorang cabut RAM korang. haha...Sesetengah komputer tidak akan mengeluarkan bunyi (beeps) dan hanya menunjukkan blank screen jika tiada RAM dipasang. Sesetengahnya lagi akan mengeluarkan bunyi (beeps) yang tidak terkawal.

    Jika PC korang mengalami blank screen secara kadang-kadang, itu bermakna RAM korang
nak rosak. Sebagai contoh, jika korang boot komputer dan screen komputer korang blank atau tak hidup langsung, kemudiannya korang boot balik komputer tersebut balik selepas beberapa jam dan ianya dapat di buka dengan baik maka RAM korang still OK tetapi korang perlu 'service' sket RAM tu.




    Caranya adalah, korang cabut RAM korang dan bersihkan dengan kain antistatik ataupun guna getah pemadam dan gosok pada pin RAM tu. Cara nie mungkin dapat menyelesaikan masalah tu tapi kalau ianya masih lagi tak dapat selesaikan masalah tersebut, maka korang cuba tukar dengan RAM lain dan cuba tengok prestasi komputer korang macamane. Kalau ianya dapat dibuka dengan baik selepas beberapa kali, maka ternyatalah RAM asal korang tu rosak dan perlu di ganti baru.