Wednesday, November 2, 2011

Salam Pembukaan Blog Jimie PC

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Dengan kalimah Bismillahirahmanirahim, aku mulakan pembukaan blog Jimie PC.

bismillah

Selamat Datang ke blog Jimie PC. Blog ni akan berkongsi dengan anda tips serta info-info berkaitan dengan dunia IT. Jika anda mempunyai persoalan atau nak request lagu cara-cara nak selesaikan masalah komputer anda, sila email atau komen di mana-mana entri blog ini. Oh yer, blog ni lebih kepada persoalan mengenai permasalahan komputer. Jadi, jangan request tutorial nak buat blog plak. Tutorial tu korang boleh refer kat banyak blog-blog lain.

Objektif blog ni ditubuhkan adalah untuk membantu korang yang mempunyai masalah dengan komputer, laptop dan software-software. InsyaAllah, aku akan cuba memberikan pertolongan sedaya yang mampu namun blog ni takkan diupdates setiap hari sebab aku perlu memenuhi komitmen aku terhadap kerja aku. InsyaAllah, di waktu lapang nanti aku akan cuba untuk menjawab persoalan korang semua.

Computer Solutions

Semoga Allah menjaga aku daripada menulis perkara-perkara tidak baik dan semoga blog ini memberikan manfaat kepada kita semua. InsyaAllah.