Tuesday, June 25, 2013

Cara Remove Shortcut Virus Dari Pendrive Menggunakan Command Prompt

Assalamualaikum,


Kali nie aku nak kongsikan dengan korang cara untuk remove shortcut virus daripada pendrive korang. InshaAllah cara nie berhasil. Korang ikut langkah-langkah kat bawah:

1) Masukkan pendrive pada komputer/laptop. Kenal pasti pendrive korang dok kat lokasi mane. Samaada dekat E, F atau sebagainya.

2) Kemudian scan dan delete virus yang ada dalam pendrive korang terlebih dahulu.

3) Selepas siap scan, klik My Computer --> Tools --> Folder Options --> View. Dekat tab View tu korang uncheck 'Hide extension' dan 'Hide protected' Ini akan menampakkan semua isi dalam pendrive korang.

4) Bukak location pendrive tadi. Biarkan dia terbukak. Korang akan nampak folder shortcut tadi. Sebenarnya ianya sudah di hiddenkan oleh virus tadi.

5) Klik kat Start, Run, dan taip cmd. Kemudian, muncul skrin hitam.

6) Kkorangtaip command ni ok!

attrib -h -r -s /s /d g:\*.*
(yang g tu ialah lokasi pendrive korang. Jika pendrive korang berada di location F, korang tulis F)
Kemudian, tekan Enter.

7) Korang punya skrin hitam akan ambik masa nak loading. So, korang kena bersabar. Tunggu sampai second command muncul. Bila second command dah muncul, korang pergi tengok kat location pendrive tadi.

8) Korang punya folder yang hidden tadi dah back to normal.

9) Lepas tu korang delete shorcut folder yang ada dalam pendrive korang tu.

10) Setting yang dekat My Computer tadi, korang tukar jadi macam asal balik.

Kalau tak jadi jugak, korang boleh guna cara nie.

Ok, selamat berjaya.

Friday, June 7, 2013

My Google Play Store Have Been Stopped

Assalamualaikum,


Kali nie aku nak kongsikan dengan korang semua mengenai cara-cara mengatasi masalah berkenaan Google Play Store. Sekarang nie dah zaman smartphone, so memang dah ramai yang dah pakai telefon-telefon canggih nie.

Aku kongsikan perkara ni sebab ianya baru je berlaku kat aku. Aku tertekan Force Stop atau Disable rasanye lepas tue handphone terus jadi slow dan bermasalah dengan Google Play Store dan terus tak boleh bukak dan download aplikasi.



Notification selalu keluar dan menyebabkan handphone aku terus jadi slow bangat. Jadi, kalau korang hadapi masalah macam nie jugak, korang boleh cuba cara-cara kat bawah.

Pergi dekat Menu Button -->  Settings -> Application manager -> All (dekat All nie korang cari Google Play Service & Google Play Store) --> Clear Data & Clear Cache.

Lepas korang dah clearkan data dan cache tue, korang Restart handphone.

Lepas tue korang cuba bukak Google Play Store. Kalau dapat bukak dan download, Alhamdulillah. Tapi kalau tak dapat jugak, korang boleh sambung dengan cara kat bawah plak.

Pergi dekat App manager --> Google Play Store --> Uninstall updates. dan lihat adakah Google Play Store berfungsi dalam versi lama. Jika ianya berfungsi, cuba install balik update untuk Google Play Store nie.

Jika ianya tak berfungsi jugak, korang boleh cuba Reset App Preferences.

Pergi dekat App manager --> Reset App Preferences

Jika ianya tidak berfungsi jugak, cara terakhir yang korang boleh buat adalah Factory Reset. Macamane nak buat factory reset? Tunggu next entri ok.

Semoga berjaya. InshaAllah.