Tuesday, April 15, 2014

Windows Sudah Tidak Support Antivirus MSE Pada Windows XP

Assalamualaikum,

Untuk pengetahuan korang semua, bermula 8 April 2014, windows telah menghentikan support dan updates untuk antivirus keluarannya iaitu Microsoft Security Essential (MSE) terhadap Windows XP.

Microsoft telah menyediakan support untuk Windows XP selama 12 tahun yang lalu. Mengikut kenyataan yang dikeluarkan oleh Microsoft, kini tiba masanya untuk dorang serta bersama-sama dengan rakan-rakan kongsi hardware dan software, membuat pelaburan terhadap teknologi yang lebih baru supaya dorang boleh terus memberikan pengalaman baru yang hebat.


Sehubungan dengan itu, bantuan teknikal untuk Windows XP tidak lagi ada, termasuk kemaskini automatik yang membantu melindungi PC korang. Microsoft juga telah berhenti menyediakan Microsoft Security Essentials untuk dimuat turun pada Windows XP. ( Jika korang dah ada Microsoft Security Essentials yang dipasang kat PC korang, korang akan terus menerima kemaskini antimalware untuk masa yang terhad, tetapi ini tidak bermakna bahawa PC korang adalah selamat kerana Microsoft tidak lagi menyediakan kemaskini keselamatan untuk membantu melindungi PC korang.

Kalau korang masih menggunakan Windows XP yang mana sekarang sokongannya telah berakhir, komputer korang masih akan berfungsi tetapi ia mungkin menjadi lebih terdedah kepada risiko keselamatan dan virus. Internet Explorer 8 juga juga tidak lagi disokong oleh Windows XP, jadi kalau korang menggunakan Windows XP yang mana ianya disambungkan ke Internet, dan pada masa yang sama korang menggunakan Internet Explorer 8 untuk melayari web, korang mungkin mendedahkan PC korang kepada ancaman lain.

Jadi, yang mana masih menggunakan Windows XP tu, sila upgrade PC korang kepada Windows 7 atau ke atas. Namun, jika PC korang tak support untuk guna Windows 7 ke atas, korang boleh guna antivirus lain yang support Windows XP. Jangan risau, masih banyak lagi anitvirus lain yang support Windows.


Microsoft menghentikan support untuk Windows XP pun sebab dia nak kita semua tukar pakai latest punya Windows terutamanya Windows 8. Kalau Windows 7 tu aku rasa dah ramai pakai, cuma dorang nak naikkan lagi jumlah pengguna yang pakai Windows 8.

Aku percaya target dorang untuk menaikkan jumlah pengguna Windows 8 tu mungkin akan berjaya sebab bila kita nak beli laptop atau desktop (PC) yang baru sekarang nie, biasanya operating system (OS) semua dah install guna Windows 8.

Untuk rujukan daripada Micrsoft, korang boleh klik dekat sini.

Ok, sekian sahaja dulu buat masa nie.

Monday, September 9, 2013

Cara Buang Shorcut Virus Dari Pendrive Menggunakan Hidden File Tool

Assalamualaikum,

Sebenarnya ada beberapa cara untuk buang shortcut virus nie. Hari tu aku dah kongsikan dekat sini cara yang pertama dengan menggunakan 'Command Prompt'.

Jadi hari nie aku nak kongsikan dengan korang semua cara yang kedua plak. Kalau korang buat yang kat atas nie tak menjadi, korang boleh guna cara nie plak.

Cara nie adalah dengan menggunakan perisian simple yang mana bagi aku ianya cukup mudah & lebih berkesan.

Software yang digunakan adalah Hidden File Tool. Korang download software nie kemudian 'Run' dan ikut langkah-langkah di bawah.


Apabila korang dah 'Run' dan bukak software nie, satu paparan akan keluar macam kat bawah.



Pada bahagian:

> Open Path = Korang bukak direktori pendrive atau external hard disk korang. Contoh.. F:
> Filter = Buang *.*
> Attributes = Klik pada Hidden & System.

Kemudian, tekan SEARCH/SCAN dan fail-fail korang yang 'hilang' tue akan ada balik dan korang boleh lihat attribute bagi fail-fail yang hilang ini ialah HS yang membawa maksud superhidden.

Peringatan: Bagi mengelakkan komputer korang terkena virus, aku cadangkan korang pakai MSE (Microsoft Security Essential). Aku dah pakai antivirus nie hampir 2 tahun dan Alhamdulillah setakat nie pc aku masih lagi dalam keadaan sihat walafiat.